Saturday, February 27, 2010

Apakah Istilah Negara Islam Boleh Digugurkan?




Aku memandang bahawa kesilapan terbesar PAS ialah apabila menghebahkan kepada orang ramai untuk mendirikan sebuah ‘Negara Islam’ di Malaysia. Dan akibat daripada tindakan ini secara tak langsung telah merugikan perjuangan PAS sendiri yang memperjuangkan Islam di Malaysia.

Persoalannya, apakah wajib untuk kita memastikan ‘Negara Islam’ Malaysia itu dapat didirikan? Nanti dulu, mohon kita semua dapat membezakan dua perkara ini.

PERTAMA: Sebuah Negara YANG DISEBUT sebagai ‘Negara Islam’ dan sistem-sistemnya adalah menepati kehendak Islam.

KEDUA: Sebuah Negara YANG TIDAK DISEBUT sebagai ‘Negara Islam’ tetapi sistem-sistemnya juga adalah menepati kehendak islam. Sebagai contoh undang-undang Islam dan semua sekali sistem yang dituntut secara sarikh utk dilaksanakan oleh pemerintahan Islam apabila memegang tampuk pemerintahan.

Apabila PAS tidak menyebut Istilah ‘Negara Islam’ (juga tidak terdapat didalam perlembagaan PAS mengenai penubuhan ‘Negara Islam’), ia tidak bererti PAS menggugurkan perjuangan untuk menuntut prinsip Islam ditegakkan dan dijadikan sebagai dasar pemerintahan di Bumi Malaysia ini kerana memang ia telah secara jelas termaktub di dalam perlembagaan PAS.


Istilah Negara Islam perlu digugurkan sebagai salah satu HEMAH dan STRATEGI untuk memastikan pengundi bukan Islam tidak berasa gerun untuk mengundi PAS.


Selain itu pada pandangan peribadi aku sendiri apalah yang ada sangat pada Istilah ‘Negara Islam’ tersebut? Perlukah PAS menang dalam memperjuangkan penggunaan istilah ‘Negara Islam’ atau perlukah PAS menang dalam memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam dalam sistem pentadbiran di Malaysia? Mana lebih utama disini? Penggunaan Istilah ‘Negara Islam’ atau perlaksanaan pemerintahan yang menepati kehendak Islam?


Sudah tentulah yang utama disini adalah ‘perlaksanaan’, bukannya penggunaan istilah ‘Negara Islam’ itu.


Selain itu juga, isu ini sering dimainkan oleh musuh-musuh politik PAS yang sering mempertikaikan mengenai penubuhan ‘Negara Islam’ yang tidak ada didalam perlembagaan PAS. Mereka nampaknya agak jahil dan tidak memahami apakah keutamaan yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.


Ditambah pula dengan pengakuan Dato’ Seri Nizar Jamaludin sendiri didalam Dewan Undangan Negeri Perak yang mempertikaikan penubuhan ‘Negara Islam’ yang tidak termaktub didalam Perlembagaan PAS, ini telah manambahkan lagi kekeliruan terhadap musuh-musuh politik PAS sehingga mereka melabelkan PAS sebagai parti yang hanya menggunakan Islam atas kepentingan politik mereka.


http://www.youtube.com/watch?v=6Dx0E1X5hqs


Justeru itu, aku mencadangkan kepada PAS agar mejelaskan perkara ini kepada ahli-ahlinya kerana kebanyakan mereka masih tidak faham akan agenda dan keutamaan PAS dalam perjuangan mereka ini. Perlu juga diingat disini bahawa musuh-mush politik PAS sering mencari isu-isu baru untuk digunakan sebagai senjata bagi menghadapi Pilihan Raya yang akan datang. Jadi adalah perlu bagi PAS menangkis kembali setiap tuduhan yang dilemparkan dengan memberi penjelasan dan penerangan mengenai isu berkaitan.


United Bersatu



No comments:

Post a Comment