Friday, February 26, 2010

RMS TITAMNO (Mac 2008)





Tersebutlah kisah sebuah kapal yang membawa penganut-penganut ketuanan melayu berlayar di lautan menghadapi satu lagi keadaan cuaca yang tidak menentu seperti sebelum-sebelum ini. Kapal tersebut yang sebelum ini kukuh, tidak pernah dilambung ombak besar mahupun tsunamai akhirnya akur pada pelayaran mereka yang ke-12 lalu apabila satu tsunami besar membadai kapal besar mereka. mereka mulai sedar bahawa kapal besar mereka itu tidak mampu lagi menampung kesan yang dasyat akibat perubahan cuaca yang drastik dalam pelayaran mereka itu. Mereka juga sedar bahawa mereka memerlukan bantuan dan sokongan dari luar, bagi men’stable’kan kapal mereka yang mulai senget itu. Lalu, bagi mengukuhkan kembali kapal mereka, mereka telah meminta bantuan daripada rakan mereka:

Ketuanan Melayu : “Dah teruk sangat dah kapal kami nih. Tsunami kali nih memang kami x jangka la. Sampai macam nih sekali. Kapal kami makin lama makin x ‘stable’ nih.”

Ketuanan Islam : “Itu la hangpa, tak beringat. Hangpa tu dah lama sangat dah. Jangan ingat hangpa akan sentiasa dok kat atas ja. Ada kala orang atas akan merasa dok kat bawah, orang bawah akan merasa dok kat atas.”

Ketuanan Melayu : “Alah... Kami jadi lagu nih pun sebab hangpa jugak. Hangpa dok tabur apa ntah kat ayaq laut nih sampai ayaq laut ni jadi tsunami mai hentam kami.”

Ketuanan Islam : “Tabur apa? Hangpa dok main tuduh x tentu pasal nih. Kami x tabur apa pun. Depa la nih dah cerdik la... Dapat bezakan yang hak dan yang batil. Hangpa lagi mau salahkan orang. X sedaq-sedaq.”

Ketuanan Melayu : “Betul apa aku cakap. Kalau bukan sebab hangpa, kami x jadi lagu nih. Hmmmm... Hangpa dok wat apa dengan kawan baru hangpa tu? Mai la tolong kami nih. X kan nak tengok kami karam terus kot.”

Ketuanan Islam : “Hamboi... tolong hangpa dapat apa? Sendiri buat sendiri tanggung la.”

Ketuanan Melayu : “Hangpa nih boleh tanya pulak dapat apa. Atas nama kesatuan dan perpaduan puak-puak kita, mai la join bantu kami sekali nih. Hangpa x mau tengok kita bersatu padu ka? X baik hangpa, nak tolak kesepaduan puak-puak kita nih.”

Ketuanan Islam : “Hamboi... pandainya hangpa cakap. Time nih la la hangpa nak mintak tolong. Dulu bukan main hangpa sombong. Belayar x pandang belakang, x pandang bawah dah. Angkuh. Sampan-sampan kecik macam kami nih hangpa x pandang pun. Bukan ancaman la konon. Mai bala kat hangpa baru hangpa huluq tangan nak minta bantuan kami. Dah nak tenggelam baru hangpa mai mintak tolong. Piiirah... Nak minta kami join dengan hangpa x boleh la. Hangpa tu mai la join kami. Tukar la dasar hangpa tu... apa ada dengan ketuanan hangpa tu? Meh ikut kami meh, sure x karam.”

Ketuanan Melayu : “Cehh.. nak ikut hangpa? Mana boleh, kami sayang nak tinggal aset-aset kat dalam kapal kami nih... Hangpa nih, mai la tolong kami... Awat, hangpa x mau tengok puak-puak kita bersatu ka? Hangpa nih tolak perpaduan wat apa? Perpaduan kan dituntut dalam agama kita.”

Ketuanan Islam : “Pandai pulak hangpa nak berceramah kat kami. Hangpa nak kami tolong hangpa, ada syaratnya. ubah la dasar hangpa tu. dok ketuanan puak dari dulu. X ada apa dengan puak nih. Agama jugak yang boleh bawak keadilan pada puak-puak kita dan puak-puak lain. La ni baru hangpa nak ajak kami join dengan hangpa. Sebelum hangpa kena tsunami nih awat x panggil kami join hangpa? Atas nama kesatuan dan perpaduan puak-puak kita? Hahhh, jawab jawab.”

Ketuanan Keris : “Er... er... Alah.... Dulu kami x susah macam nih... Sekarang pikir-pikir balik, memang x boleh hidup la kalau terus macam nih. Ahhhh, sudahlah... X mau tolong sudah... X apa lah. Dengan tindakan hangpa nih, ada juga ‘senjata’ baru boleh kami pakai nak stable kan kapal kami nih. ‘hangpa tolak perpaduan puak-puak kita’ ya. X apa... Kami akan jaja benda nih di segenap alam bagitau puak-puak kita. Sure nye kami dapat tarik balik sokongan puak-puak kita”.

Ketuanan Islam : “Cubalah. Depa sekarang nih x mudah diperbodoh. Bye bye kawan... Pandai-pandai la nak survive. Susah-susah sangat nanti hangpa mai la join kami. Sampan kecil kami nih ada banyak ruang untuk hangpa semua. Mai la, jangan malu-malu...”

United Bersatu



No comments:

Post a Comment