Sunday, March 7, 2010

Perkara-perkara Yang Membatalkan Iman Dan Dua Kalimah Syahadah

Mengolok-olok atau mengejek-ejek Allah s.w.t atau al-Quran atau agama Islam. Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 65-66 :
"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah, "Apakah dengan Allah ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman."


Kafir Ithbat iaitu menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau sifat yang mustahil bagi Allah s.w.t sedangkan Allah s.w.t dan Rasul Nya menafikan sifat itu, seperti menyatakan bahawa Allah itu mempunyai anak, isteri atau sekutu-sekutu, Allah s.w.t itu mengantuk, tidur, lalai, mati dan sebagainya. Begitu juga orang-orang yang mengaku bersifat seperti Allah s.w.t maka kafirlah orang yang berkata begitu dan kafir juga orang yang mempercayainya.



Menghina al-Quran.


Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.


Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari’at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.

(Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar)




Tuesday, March 2, 2010

Ong Tee Kiat Terima Hadiah Jam Tangan ‘Hatikva Israel’ Bernilai Lebih HK$ 1 Juta






Kuala Lumpur - Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menafikan pemberian hadiah berupa jam tangan yang didakwa bernilai lebih HK$1 juta atau kira-kira setengah juta ringgit sebagai bersifat peribadi tetapi dihadiahkan kepadanya atas nama parti itu.

“Jam tangan itu diberikan kepada saya selaku Presiden parti dan saya akan simpan sebagai momento atas nama parti juga,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan Gabungan Ikatan Persatuan Cina Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau berkata jam tangan yang dihadiahkan oleh seorang pembuat jam tangan dari Hong Kong pada satu majlis di Pulau Pinang semalam tidak boleh didapati di pasaran dan mempunyai corak bercirikan keagamaan.

“Tiada rahsia mengenainya. Bagi saya, saya tetap saya dan sebab kenapa dia hadiahkan kepada saya jam tangan tersebut menurut penjelasannya adalah kerana beliau tersentuh dengan komitmen saya dan komitmen kami (MCA) berhubung masalah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ),” katanya.

-Malaysiakini-

Ulasan

Pertama: Masakan orang boleh bagi hadiah tanpa apa-apa sebab apatah lagi nilainya begitu mahal. Harganya setengah juta ringgit. Istilah kurang bijak juga boleh digunakan, sekalipun kurang tepat, untuk menggambarkan tindakan SPRM yang beriya-iya benar hendak mendakwa Tok Guru dalam isu 'tajaan pergi haji' sedangkan Presiden MCA yang terang-terang mengaku mengambil hadiah jam tangan bernilai setengah juta ringgit dilepaskan begitu saja.

Kedua: Jika diberikan atas nama parti, tentulah ia hakmilik parti dan bukan disimpan oleh Presiden parti. Jarang sekali kita dengar sebuah jam tangan diberikan untuk parti kecuali ia hanya alasan Presiden MCA berkenaan. Cuba bayangkan kalau Hussam Musa atau Tok Guru yang menerima hadiah jam tangan tersebut, aku berani bertaruh bahawa SPRM akan segera menyiasat dan menyerbu Tok Guru manakala media massa milikan UMNO akan memutarkan isu ini selama berminggu-minggu. Dalam kes Tok Guru, untuk mengelak fitnah Tok Guru tidak pergi pun menunaikan haji pada tahun tersebut. Meskipun begitu, SPRM bertindak bagaikan haiwan peliharaan UMNO apabila beriya-iya membuat kenyataan media berulangkali bahawa Tok Guru sudah disiasat. Kertas siasatan sudah diberi pada pendakwa dan SPRM hanya menunggu ‘greenlight’ daripada Ghani Patail.

Ketiga: Jenama jam tangan itu begitu jelas tertera perkataan ‘Hatikva Israel’ dan lambang Star Of David. ‘Hatikva’ setahunya ialah nama lagu kebangsaan Israel. Apa hubung kaitnya pemberian jam tangan oleh pembuat jam tangan Hong Kong itu dengan MCA dan juga dengan jenama jam berkenaan? Umat Islam agak skeptikal dan sensitif dengan pemberian hadiah itu. Mungkin Ong Tee Kiat tidak menyedarinya atau sememangnya pemimpin BN tidak lansung mempedulikan sensitiviti itu.

Keempat: Sekiranya individu yang mendapat hadiah jam tangan tersebut merupakan pemimpin PR, sudah tentu isu ini akan dimainkan oleh UMNO dan BN sebagai senjata menyerang PR. Bayangkanlah sekiranya Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng yang menerimanya, sudah pasti mereka bukan sahaja dituduh sebagai Komunis, bahkan mereka juga akan dituduh sebagai agen Yahudi dan Israel. Tetapi UMNO nampaknya hanya membisu sahaja berkenaan isu ini apabila ia terkena pada pemimpin parti komponen BN sendiri.


Sikap bermuka-muka UMNO semakin jelas dalam isu ini. Mereka hanya menyalak apabila perkara-perkara sebegini berlaku pada musuh politik mereka. Tetapi mereka hanya diam membisu sekiranya perkara seperti ini berlaku pada mereka dan sekutu-sekutu mereka.

Hadis diriwayatkan oleh Ahmad yang maksudnya: “Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberi jalan terhadap kedua-duanya.”

Wallahu ‘alam.


Koleksi Kenyataan Dan Ucapan Yang Menghina Islam Dan Menghalang Perkembangan Islam Di Malaysia


Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3 Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim : “Hukum rejam kepada penzina adalah primitif. “

Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1983 kepada para wartawan : “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan.”

Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994.: “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad 2 Mei 1992 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam.”

Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991 : “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

Add a caption


Ijma‘ tentang Kufurnya Orang yang Enggan Berhukum Dengan Kitab dan Sunnah

1. Al-Hafiz Ibnu Katsir.

Ketika menafsirkan firman Allah,

“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (al-Ma’idah [5]: 50)

Ibnu Katsir mengulas, “Allah mengherdik orang yang keluar dari hukum Allah dan beralih kepada pendapat, ego dan istilah yang dibuat manusia, sebagaimana kesesatan dan kebodohan yang dijadikan bangsa jahiliyah dalam menetapkan hukum, sebagaimana politik kerajaan bangsa Tartar yang diambil dari raja mereka, Genghis Khan yang membuat Yasiq, iaitu undang-undang yang dikumpulkan dari berbagai sumber hukum dan pandangannya sendiri, lalu ia menjadi aturan yang diikuti oleh bangsa Tartar. Barangsiapa yang mengikuti hukum tersebut, maka ia kafir dan wajib diperangi sampai ia kembali kepada hukum Allah dan Rasul-Nya.

Dalam kitab al-Bidayah wan-Nihayah (13/119), Ibnu Katsir juga mengatakan, “Barangsiapa meninggalkan syari‘at yang muhkam (tegas dan tidak mengandung takwil) yang diturunkan kepada Muhammad bin Abdullah Penutup para Nabi SAW, lalu mengikuti hukum syari‘at yang telah dihapus, maka ia telah kufur. Lalu, bagaimana dengan orang yang mengikuti hukum Yasiq dan lebih mengutamakannya daripada hukum Allah? Barangsiapa yang berbuat demokrasi, maka ia telah kufur berdasarkan ijma’ umat Islam.”

2. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah.

Ibnu Taimiyyah dalam kitab al-Fatawa (3/267) mengatakan, “Ketika seseorang menghalalkan sesuatu yang disepakati haram, atau mengharamkan sesuatu yang disepakati halal, menggantikan syari‘at yang telah disepakati, maka ia kafir dan murtad menurut kesepakatan para ulama fikih.”

3. Syaikh Muhammad bin Ibrahim, Mantan Mufti Saudi.

Dalam risalah Tahkim al-Qawanin Syaikh Muhammad berkata, “Di antara bentuk kufur yang paling besar adalah menempatkan undang-undang yang terlaknat menggantikan apa yang diturunkan malaikat Jibril pada Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan hukum yang berlaku di antara manusia. Hal itu sesuai firman Allah,

“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (an-Nisa’ [4]: 59)

4. Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz.

Ia berkata, “Seruan nasionalisme Arab dan persatuan di bawah panjinya mengakibatkan masyarakat menolak hukum al-Qur’an, kerana orang-orang nasionalis non-muslim tidak akan rela mengikuti hukum al-Qur’an, sehingga hal itu mengharuskan para pemimpin nasionalis untuk mengambil hukum positif yang bertentangan dengan hukum al-Qur’an, agar semua masyarakat memiliki kedudukan yang sama di hadapan hukum-hukum tersebut. Banyak dari mereka yang meneriakkan hal ini sebagaimana telah dijelaskan. Ini merupakan kerosakan besar, kekafiran yang nyata dan kemurtadan yang jelas, sebagaimana firman Allah,

“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (al-Maidah [5]: 44)

Setiap orang yang tidak memutuskan menurut syari‘at Allah dan tidak tunduk terhadap hukum Allah, maka dia orang yang jahil, kafir, zalim lagi fasiq berdasarkan nas ayat-ayat yang muhkam ini.

Abdul ‘Aziz bin Baz juga mengatakan, “Sesungguhnya orang-orang yang menyerukan nasionalisme atau sosialisme atau fahaman-fahaman destruktif lain yang berlawanan dengan hukum Islam itu kafir dan sesat, lebih kafir daripada Yahudi dan Nasrani. Mereka itu adalah orang-orang atheis yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhir. Tidak satu pun di antara mereka yang boleh menjadi khathib atau imam di suatu masjid milik umat Islam, dan tidak sah solat di belakang mereka. Setiap orang yang membantu kesesatan mereka, menganggap baik apa yang mereka dakwakan, serta mencaci dan mencemuh pada da'ie yang menyerukan Islam itu juga kafir lagi sesat.

5. Syaikh Dr. Yusuf al-Qardhawi.

Dalam kitab al-Islam wal-‘Ilmaniyyah mengatakan, “Seorang sekular yang menolak penerapan syari‘at dari awal itu tidak memiliki hubungan apapun dengan Islam kecuali nama saja. Ia telah murtad dari Islam secara pasti, dan wajib diminta untuk bertaubat, dijauhkan dari syubhat dan diajukan protes kepadanya. Kalau dia tidak bertaubat, maka mahkamah perlu memutuskannya murtad dan melucut statusnya sebagai muslim, dipisahkan dari isteri dan anak-anaknya, dan berlaku padanya hukum orang-orang murtad, baik semasa hidup atau sesudah mati.”

Sebahagian sarjana, atau orang yang telah menjual agama mereka dengan duniawi, mengatakan bahawa memutuskan perkara tidak berdasarkan wahyu Allah asalkan tidak menghalalkan sesuatu yang haram itu termasuk dosa dan maksiat yang tidak mengeluarkannya dari Islam.

Dr. Abdurrahman bin Shalih al-Mahmud, Pengetua Fakulti Ushuluddin, Riyadh, di dalam buku yang berjudul al-Hukmu bi Ghairi ma Anzalallah. Ia menulis, “Para ulama menyepakati kekafiran orang yang memutuskan perkara tidak dengan apa yang diturunkan Allah meskipun ia tidak menghalalkannya, sebagaimana yang dikemukakan banyak ulama. Di antara mereka adalah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Ibnu Katsir, Ibnu Qayyim. Umat Islam tidak mengenal adanya perubahan atas syari‘at dan keputusan berdasarkan hukum positif sebelum kedatangan Tartar dengan membawa hukum mereka yang bernama Yasiq. Kemudian datanglah era modern ketika bangsa Nasrani dan selainnya menyerang umat Islam. Di antara peninggalan mereka yang paling besar adalah hukum positif ini.

6. Ibnul Qayyim.

Disebutkan dalam al-Qur’an dan ijma’ yang sahih bahawa agama Islam menghapuskan setiap agama sebelumnya, dan bahwa barangsiapa yang mengikuti ajaran Taurat dan Injil dan tidak mengikuti al-Qur’an maka hukumnya kafir.” (Ahkam Ahlidz-Dzimmah, 1/259) Jika demikian, maka apatahlagi dengan mengikuti hukum positif.


Inilah kesepakatan yang dituturkan ulama mengenai kufurnya orang yang mengikuti hukum selain syari‘at Islam. Undang-undang kontemporari itu bukan syari‘at yang dihapus al-Qur’an, melainkan lebih menyerupai Yasiq milik bangsa Tartar yang terhimpun dari syari‘at-syari‘at yang ada dalam agama Yahudi, Nasrani dan Islam.

Muhammad bin Hamid al-Hasani dalam bukunya ath-Thariq ilal-Khilafah menjelaskan syarat-syarat untuk tidak menghukumi kafir orang yang memutuskan perkara tidak menurut wahyu Allah. Ia mengatakan,

1. Ia mengaku dan menerima secara lahir dan batin setiap hal yang ditetapkan Allah dan Rasul-Nya.
2. Ia mengakui bahwa dengan tidak memutuskan perkara sesuai dengan wahyu Allah dalam perkara-perkara yang diajukan kepadanya itu bererti ia berdosa, dan bahawa keputusannya tersebut keliru, dan keputusan Allah sahajalah yang benar.

Apabila ia berkata dengan bahasa verbal bahawa:
» Keputusannya lebih baik daripada keputusan Allah dan Rasul-Nya,
» Atau bahawa keputusannya sama dengan keputusan Allah dan Rasul-Nya,
» Atau bahawa keputusan Allah dan Rasul-Nya itu lebih sesuai untuk masa lalu,
» Atau bahawa apa yang diputuskannya itu lebih tepat dan lebih baik untuk masa kini,
» Atau bahwa hukum Allah dan Rasul-Nya itu lebih tepat dan lebih sesuai untuk setiap tempat dan waktu tetapi ia boleh memutuskan dengan apa yang dilihatkannya sesuai meskipun bertentangan dengan hukum Allah,
Seandainya ia mengatakan ini semua atau sebahagiannya atau salah satu darinya, maka ia telah menjadi kafir murtad.


3. Keputusan yang tidak menurut wahyu Allah itu berkaitan dengan kes kes khusus dan tertentu, bukan dalam perkara-perkara universal dan umum. Seperti contoh, seorang pencuri dihadapkan kepada hakim yang merupakan kerabat kepada pencuri. Sebenarnya hakim tersebut mengakui bahwa hukuman pencuri adalah potong tangan, tetapi ia membela kerabatnya dan menjatuhinya hukuman selain potong tangan. Lalu hakim tersebut ketika dihadapkan kes pencurian lain dimana pelakunya bukan kerabatnya, maka ia akan menjatuhkan hukuman potong tangan. Hakim dengan perbuatannya seperti ini disebut kafir di bawah kafir, dengan syarat ia mengakui kekeliruan dan dosanya. Maksudnya, ia melakukan perbuatan kufur amali—bukan i‘tiqadi—yang tidak mengeluarkannya dari agama.

Wallahua'lam