Tuesday, March 2, 2010

Ong Tee Kiat Terima Hadiah Jam Tangan ‘Hatikva Israel’ Bernilai Lebih HK$ 1 Juta






Kuala Lumpur - Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menafikan pemberian hadiah berupa jam tangan yang didakwa bernilai lebih HK$1 juta atau kira-kira setengah juta ringgit sebagai bersifat peribadi tetapi dihadiahkan kepadanya atas nama parti itu.

“Jam tangan itu diberikan kepada saya selaku Presiden parti dan saya akan simpan sebagai momento atas nama parti juga,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan Gabungan Ikatan Persatuan Cina Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau berkata jam tangan yang dihadiahkan oleh seorang pembuat jam tangan dari Hong Kong pada satu majlis di Pulau Pinang semalam tidak boleh didapati di pasaran dan mempunyai corak bercirikan keagamaan.

“Tiada rahsia mengenainya. Bagi saya, saya tetap saya dan sebab kenapa dia hadiahkan kepada saya jam tangan tersebut menurut penjelasannya adalah kerana beliau tersentuh dengan komitmen saya dan komitmen kami (MCA) berhubung masalah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ),” katanya.

-Malaysiakini-

Ulasan

Pertama: Masakan orang boleh bagi hadiah tanpa apa-apa sebab apatah lagi nilainya begitu mahal. Harganya setengah juta ringgit. Istilah kurang bijak juga boleh digunakan, sekalipun kurang tepat, untuk menggambarkan tindakan SPRM yang beriya-iya benar hendak mendakwa Tok Guru dalam isu 'tajaan pergi haji' sedangkan Presiden MCA yang terang-terang mengaku mengambil hadiah jam tangan bernilai setengah juta ringgit dilepaskan begitu saja.

Kedua: Jika diberikan atas nama parti, tentulah ia hakmilik parti dan bukan disimpan oleh Presiden parti. Jarang sekali kita dengar sebuah jam tangan diberikan untuk parti kecuali ia hanya alasan Presiden MCA berkenaan. Cuba bayangkan kalau Hussam Musa atau Tok Guru yang menerima hadiah jam tangan tersebut, aku berani bertaruh bahawa SPRM akan segera menyiasat dan menyerbu Tok Guru manakala media massa milikan UMNO akan memutarkan isu ini selama berminggu-minggu. Dalam kes Tok Guru, untuk mengelak fitnah Tok Guru tidak pergi pun menunaikan haji pada tahun tersebut. Meskipun begitu, SPRM bertindak bagaikan haiwan peliharaan UMNO apabila beriya-iya membuat kenyataan media berulangkali bahawa Tok Guru sudah disiasat. Kertas siasatan sudah diberi pada pendakwa dan SPRM hanya menunggu ‘greenlight’ daripada Ghani Patail.

Ketiga: Jenama jam tangan itu begitu jelas tertera perkataan ‘Hatikva Israel’ dan lambang Star Of David. ‘Hatikva’ setahunya ialah nama lagu kebangsaan Israel. Apa hubung kaitnya pemberian jam tangan oleh pembuat jam tangan Hong Kong itu dengan MCA dan juga dengan jenama jam berkenaan? Umat Islam agak skeptikal dan sensitif dengan pemberian hadiah itu. Mungkin Ong Tee Kiat tidak menyedarinya atau sememangnya pemimpin BN tidak lansung mempedulikan sensitiviti itu.

Keempat: Sekiranya individu yang mendapat hadiah jam tangan tersebut merupakan pemimpin PR, sudah tentu isu ini akan dimainkan oleh UMNO dan BN sebagai senjata menyerang PR. Bayangkanlah sekiranya Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng yang menerimanya, sudah pasti mereka bukan sahaja dituduh sebagai Komunis, bahkan mereka juga akan dituduh sebagai agen Yahudi dan Israel. Tetapi UMNO nampaknya hanya membisu sahaja berkenaan isu ini apabila ia terkena pada pemimpin parti komponen BN sendiri.


Sikap bermuka-muka UMNO semakin jelas dalam isu ini. Mereka hanya menyalak apabila perkara-perkara sebegini berlaku pada musuh politik mereka. Tetapi mereka hanya diam membisu sekiranya perkara seperti ini berlaku pada mereka dan sekutu-sekutu mereka.

Hadis diriwayatkan oleh Ahmad yang maksudnya: “Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberi jalan terhadap kedua-duanya.”

Wallahu ‘alam.


1 comment:

  1. TAK RAMAI RAKYAT MALAYA ADA STREAMYX KAT RUMAH. RATA2 ADA ASTRO BODOH JE. SEBAB TUH NEGERI2 LAIN SELAIN PAKATAN MASIH DOK NGOK PANGKAH BE END...

    ReplyDelete