Sunday, March 7, 2010

Perkara-perkara Yang Membatalkan Iman Dan Dua Kalimah Syahadah

Mengolok-olok atau mengejek-ejek Allah s.w.t atau al-Quran atau agama Islam. Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 65-66 :
"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah, "Apakah dengan Allah ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman."


Kafir Ithbat iaitu menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau sifat yang mustahil bagi Allah s.w.t sedangkan Allah s.w.t dan Rasul Nya menafikan sifat itu, seperti menyatakan bahawa Allah itu mempunyai anak, isteri atau sekutu-sekutu, Allah s.w.t itu mengantuk, tidur, lalai, mati dan sebagainya. Begitu juga orang-orang yang mengaku bersifat seperti Allah s.w.t maka kafirlah orang yang berkata begitu dan kafir juga orang yang mempercayainya.



Menghina al-Quran.


Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.


Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari’at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.

(Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar)




No comments:

Post a Comment