Saturday, February 27, 2010

Apakah Istilah Negara Islam Boleh Digugurkan?




Aku memandang bahawa kesilapan terbesar PAS ialah apabila menghebahkan kepada orang ramai untuk mendirikan sebuah ‘Negara Islam’ di Malaysia. Dan akibat daripada tindakan ini secara tak langsung telah merugikan perjuangan PAS sendiri yang memperjuangkan Islam di Malaysia.

Persoalannya, apakah wajib untuk kita memastikan ‘Negara Islam’ Malaysia itu dapat didirikan? Nanti dulu, mohon kita semua dapat membezakan dua perkara ini.

PERTAMA: Sebuah Negara YANG DISEBUT sebagai ‘Negara Islam’ dan sistem-sistemnya adalah menepati kehendak Islam.

KEDUA: Sebuah Negara YANG TIDAK DISEBUT sebagai ‘Negara Islam’ tetapi sistem-sistemnya juga adalah menepati kehendak islam. Sebagai contoh undang-undang Islam dan semua sekali sistem yang dituntut secara sarikh utk dilaksanakan oleh pemerintahan Islam apabila memegang tampuk pemerintahan.

Apabila PAS tidak menyebut Istilah ‘Negara Islam’ (juga tidak terdapat didalam perlembagaan PAS mengenai penubuhan ‘Negara Islam’), ia tidak bererti PAS menggugurkan perjuangan untuk menuntut prinsip Islam ditegakkan dan dijadikan sebagai dasar pemerintahan di Bumi Malaysia ini kerana memang ia telah secara jelas termaktub di dalam perlembagaan PAS.


Istilah Negara Islam perlu digugurkan sebagai salah satu HEMAH dan STRATEGI untuk memastikan pengundi bukan Islam tidak berasa gerun untuk mengundi PAS.


Selain itu pada pandangan peribadi aku sendiri apalah yang ada sangat pada Istilah ‘Negara Islam’ tersebut? Perlukah PAS menang dalam memperjuangkan penggunaan istilah ‘Negara Islam’ atau perlukah PAS menang dalam memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam dalam sistem pentadbiran di Malaysia? Mana lebih utama disini? Penggunaan Istilah ‘Negara Islam’ atau perlaksanaan pemerintahan yang menepati kehendak Islam?


Sudah tentulah yang utama disini adalah ‘perlaksanaan’, bukannya penggunaan istilah ‘Negara Islam’ itu.


Selain itu juga, isu ini sering dimainkan oleh musuh-musuh politik PAS yang sering mempertikaikan mengenai penubuhan ‘Negara Islam’ yang tidak ada didalam perlembagaan PAS. Mereka nampaknya agak jahil dan tidak memahami apakah keutamaan yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.


Ditambah pula dengan pengakuan Dato’ Seri Nizar Jamaludin sendiri didalam Dewan Undangan Negeri Perak yang mempertikaikan penubuhan ‘Negara Islam’ yang tidak termaktub didalam Perlembagaan PAS, ini telah manambahkan lagi kekeliruan terhadap musuh-musuh politik PAS sehingga mereka melabelkan PAS sebagai parti yang hanya menggunakan Islam atas kepentingan politik mereka.


http://www.youtube.com/watch?v=6Dx0E1X5hqs


Justeru itu, aku mencadangkan kepada PAS agar mejelaskan perkara ini kepada ahli-ahlinya kerana kebanyakan mereka masih tidak faham akan agenda dan keutamaan PAS dalam perjuangan mereka ini. Perlu juga diingat disini bahawa musuh-mush politik PAS sering mencari isu-isu baru untuk digunakan sebagai senjata bagi menghadapi Pilihan Raya yang akan datang. Jadi adalah perlu bagi PAS menangkis kembali setiap tuduhan yang dilemparkan dengan memberi penjelasan dan penerangan mengenai isu berkaitan.


United Bersatu



Koleksi Gambar Yang Menghina Pemimpin Pakatan Rakyat









Ini adalah antara beberapa keping gambar yang telah diedit oleh mangkuk hayun yang tidak bertanggungjawab bertujuan menghina pemimpin-pemimpin dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

Mangkuk Hayun yang membuat gambar diatas ini, mereka tidak diajar oleh mak bapak mereka bagaimana cara menghormati ulama. Dan malang sungguh bagi mereka yang jahil macam binatang ini kerana tidak menggunakan akal dan kepakaran mereka untuk membuat perkara yang lebih bermanfaat selain edit gambar diatas.

Semoga Allah memberi hidayat kepada si fulan ini, sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Semoga Kedah La Ni Diberi Hidayah Agar Bertaubat



Sedih dgn sikap Kedah La Ni (bukan kedah la nie) , sanggup gadaikan akidah beliau sendiri demi politik dengan menfitnah PAS sesatkan ummah dengan berbekal fakta palsu. Ya Allah , semoga beliau diberi hidayah.

Bayangkan dalam wall post beliau bertajuk

Lagi mengenai PAS memesongkan akidah Muslimin.


http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/kedah-la-ni/lagi-mengenai-pas-memesongkan-akidah-muslimin/333283122345

Tanpa rasa sedikit belas ehsan kepada PAS , tergamak beliau mengatakan tugas PAS adalah menyesatkan ummat islam. Bukan apa , terbukti fakta sokongan beliau adalah palsu sama sekali. Gambar tersebut bukan hasil kerja PAS jika dilihat kepada video yang diberikan oleh

Pria Malaya (syabas dan Alhamdulillah , tanda PR ternyata berpegang kepada fakta)

http://www.youtube.com/watch?v=t8XlcMiwHQw

Ya Allah , sekali lagi aku berdoa agar Kedah La Ni di beri hidayah agar bertaubat dan tak lagi mengulangi perbuatan terkeji beliau.

From Antiaktivis Umno

Friday, February 26, 2010

RMS TITAMNO (Mac 2008)





Tersebutlah kisah sebuah kapal yang membawa penganut-penganut ketuanan melayu berlayar di lautan menghadapi satu lagi keadaan cuaca yang tidak menentu seperti sebelum-sebelum ini. Kapal tersebut yang sebelum ini kukuh, tidak pernah dilambung ombak besar mahupun tsunamai akhirnya akur pada pelayaran mereka yang ke-12 lalu apabila satu tsunami besar membadai kapal besar mereka. mereka mulai sedar bahawa kapal besar mereka itu tidak mampu lagi menampung kesan yang dasyat akibat perubahan cuaca yang drastik dalam pelayaran mereka itu. Mereka juga sedar bahawa mereka memerlukan bantuan dan sokongan dari luar, bagi men’stable’kan kapal mereka yang mulai senget itu. Lalu, bagi mengukuhkan kembali kapal mereka, mereka telah meminta bantuan daripada rakan mereka:

Ketuanan Melayu : “Dah teruk sangat dah kapal kami nih. Tsunami kali nih memang kami x jangka la. Sampai macam nih sekali. Kapal kami makin lama makin x ‘stable’ nih.”

Ketuanan Islam : “Itu la hangpa, tak beringat. Hangpa tu dah lama sangat dah. Jangan ingat hangpa akan sentiasa dok kat atas ja. Ada kala orang atas akan merasa dok kat bawah, orang bawah akan merasa dok kat atas.”

Ketuanan Melayu : “Alah... Kami jadi lagu nih pun sebab hangpa jugak. Hangpa dok tabur apa ntah kat ayaq laut nih sampai ayaq laut ni jadi tsunami mai hentam kami.”

Ketuanan Islam : “Tabur apa? Hangpa dok main tuduh x tentu pasal nih. Kami x tabur apa pun. Depa la nih dah cerdik la... Dapat bezakan yang hak dan yang batil. Hangpa lagi mau salahkan orang. X sedaq-sedaq.”

Ketuanan Melayu : “Betul apa aku cakap. Kalau bukan sebab hangpa, kami x jadi lagu nih. Hmmmm... Hangpa dok wat apa dengan kawan baru hangpa tu? Mai la tolong kami nih. X kan nak tengok kami karam terus kot.”

Ketuanan Islam : “Hamboi... tolong hangpa dapat apa? Sendiri buat sendiri tanggung la.”

Ketuanan Melayu : “Hangpa nih boleh tanya pulak dapat apa. Atas nama kesatuan dan perpaduan puak-puak kita, mai la join bantu kami sekali nih. Hangpa x mau tengok kita bersatu padu ka? X baik hangpa, nak tolak kesepaduan puak-puak kita nih.”

Ketuanan Islam : “Hamboi... pandainya hangpa cakap. Time nih la la hangpa nak mintak tolong. Dulu bukan main hangpa sombong. Belayar x pandang belakang, x pandang bawah dah. Angkuh. Sampan-sampan kecik macam kami nih hangpa x pandang pun. Bukan ancaman la konon. Mai bala kat hangpa baru hangpa huluq tangan nak minta bantuan kami. Dah nak tenggelam baru hangpa mai mintak tolong. Piiirah... Nak minta kami join dengan hangpa x boleh la. Hangpa tu mai la join kami. Tukar la dasar hangpa tu... apa ada dengan ketuanan hangpa tu? Meh ikut kami meh, sure x karam.”

Ketuanan Melayu : “Cehh.. nak ikut hangpa? Mana boleh, kami sayang nak tinggal aset-aset kat dalam kapal kami nih... Hangpa nih, mai la tolong kami... Awat, hangpa x mau tengok puak-puak kita bersatu ka? Hangpa nih tolak perpaduan wat apa? Perpaduan kan dituntut dalam agama kita.”

Ketuanan Islam : “Pandai pulak hangpa nak berceramah kat kami. Hangpa nak kami tolong hangpa, ada syaratnya. ubah la dasar hangpa tu. dok ketuanan puak dari dulu. X ada apa dengan puak nih. Agama jugak yang boleh bawak keadilan pada puak-puak kita dan puak-puak lain. La ni baru hangpa nak ajak kami join dengan hangpa. Sebelum hangpa kena tsunami nih awat x panggil kami join hangpa? Atas nama kesatuan dan perpaduan puak-puak kita? Hahhh, jawab jawab.”

Ketuanan Keris : “Er... er... Alah.... Dulu kami x susah macam nih... Sekarang pikir-pikir balik, memang x boleh hidup la kalau terus macam nih. Ahhhh, sudahlah... X mau tolong sudah... X apa lah. Dengan tindakan hangpa nih, ada juga ‘senjata’ baru boleh kami pakai nak stable kan kapal kami nih. ‘hangpa tolak perpaduan puak-puak kita’ ya. X apa... Kami akan jaja benda nih di segenap alam bagitau puak-puak kita. Sure nye kami dapat tarik balik sokongan puak-puak kita”.

Ketuanan Islam : “Cubalah. Depa sekarang nih x mudah diperbodoh. Bye bye kawan... Pandai-pandai la nak survive. Susah-susah sangat nanti hangpa mai la join kami. Sampan kecil kami nih ada banyak ruang untuk hangpa semua. Mai la, jangan malu-malu...”

United Bersatu